Page 5 - Syarat Pertandingan Pencak Silat Sirkit Remaja Johor 2020
P. 5
14. PEGAWAI, WASIT DAN JURI PERTANDINGAN
14.1 PESAKA Johor akan melantik Ketua Teknikal Deligate , Pengarah
Pertandingan, Setiausaha Kejuaraan, Ketua Pertandingan, Dewan
Wasit-Juri , Wasit-Juri , Petugas Gelanggang dan Urusetia teknikal
kejuaraan dan Pasukan Doktor.
14.2 Setiap pertandingan dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang diiktiraf
oleh PESAKA Johor/ PESAKA Malaysia.
14.3 Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil-pengadil adalah
muktamad dan sistem bendera akan digunakan kepada pemenang
15. BANTAHAN /TATATERTIB
15.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya pengurus pasukan
sahaja dibenarkan membuat bantahan . Bantahan hendaklah dibuat
secara bertulis dengan disertakan dengan wang bantahan sebanyak
RM500.00 (Ringit Malaysia Lima Ratus Sahaja).
15.2 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan
dalam masa sepuluh ( 10) minit selepas keputusan diumumkan.
15.3 Wang bantahan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu
didapati tidak wajar.
15.4 Sekiranya bantahan diterima dan wajar hanya 50% sahaja wang
bantahan akan dipulangkan.
15.5 Bantahan boleh dibuat dan diproses oleh JURI BANTAHAN serta
Pegawai Teknikal Delegaat Kejuaraan.Keputusan adalah muktamad
setelah dinilai semula.
16. KESELAMATAN DAN GANTIRUGI
16.1 Setiap pasukan yang menyertai Sirkit Remaja Johor disarankan
mengambil insuran perlindungan sendiri seperti Insuran Takaful.
16.2 PESAKA Johor dan penganjur serta jawatankuasa pengelola dan
mana-mana badan yang bekerjasama di dalam kejuaraan ini tidak
bertangungjawab diatas sebarang kemalangan atau kecelekaan
yang mungkin berlaku keatas mana-mana peserta atau pegawai di
sepanjang tempoh kejuaraan berlangsung ini atau dalam perjalanan
pergi atau balik dari rumah/ pusat dan tempat pertandingan.
17. KEKECOHAN/KEROSAKAN HARTA BENDA AWAM
17.1 Jawatankuasa Pengelola akan membatalkan penyertaan mana-mana
pasukan yang melanggar etika sebagaimana termaktub didalam