Page 4 - Syarat Pertandingan Pencak Silat Sirkit Remaja Johor 2020
P. 4

10.4   Pesilat yang gagal dalam mengemukakan Surat Akuan Kesihatan dan
                              disahkan oleh doktor yang bertauliah serta cergas maka ianya tidak
                              layak bertanding dan menyertai kejuaraan ini.

               11.     PENIMBANGAN BERAT BADAN

                       11.1   Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkodkan berat badannya
                              bagi  menentukan  kelayakkan  bertanding  mengikut  kategori  berat
                              pertandingan hanya sekali sahaja pada pertandingan pertama.

                       11.2   Pada  penimbangan  pesilat  putra/putri  hendaklah  dengan  memakai
                              pakaian pencak silat lengkap bertanding tanpa body protector, Rujuk
                              Peraturan PERSILAT dan bagi penimbangan tiada toleransi keatas berat
                              lebihan dan kurangan .

               12.     PAKAIAN SILAT

                       12.1   Setiap peserta bagi acara tanding pesilat hendaklah memakai pakaian
                              seragam silat berwarna hitam yang polos dengan potongan melayu
                              dan tiada warna lain dari hitam.

                       12.2   Setiap  pesilat  hendaklah  memakai  pelindung  kemaluan  yang
                              diperbuat daripada bahan plastik keras yang telah ditetapkan.

                       12.3   Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan.

                       12.4   Pelindung  sendi  yang  nipis  (  ada  sponge  )  hanya  satu  lapis  sahaja
                              dengan  bersesuaian  pada  fungsinya.  Pelindung  sendi  dibenarkan
                              dengan kelulusan PESAKA Johor  dan dibenarkan oleh Ketua Teknikal
                              deligat.


               13.     KAEDAH SISTEM PERTANDINGAN

                       13.1   Sistem  pertandingan  yang  dijalankan  akan  diputuskan  didalam
                              Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejuaraan.

                       13.2   Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan Peraturan
                              Pertandingan  Pencak  Silat  Olahraga  yang  dikeluarkan  oleh
                              Persekutuan  Pencak  Silat  Antarabangsa(  PERSILAT  )  dan  Persekutuan
                              Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
                       13.3   Pertandingan  akan  dijalankan  secara  kalah  mati  dan  setiap
                              perlawanan  akan  mengandungi  tiga  (  3  )  pusingan.  Tempoh  setiap
                              pusingan  adalah  dua  (2)  minit  dan  masa  rehat  diantara
                              pusingan(1)minit sahaja.

                              Nota : “Ketua teknikal Deligat berhak memutuskan had tempoh masa
                              setiap babak pertandingan dan rehat sekiranya difikirkan perlu.”

                       13.4   Semua Pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan
                              iaitu lima belas (15) minit awal sebelum pertandingan dimulakan. Jika
                              didapati  gagal  hadir  selepas  panggilan  yang  ketiga  oleh  ketua
                              pertandingan  ,  Peserta  yang  berkenaan  akan  dikira  kalah  dan
                              kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
   1   2   3   4   5   6   7   8