Page 1 - Syarat Pertandingan Pencak Silat Sirkit Remaja Johor 2020
P. 1
SIRKIT REMAJA JOHOR 2020
PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT
(PUTERA & PUTERI)
1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan
ini akan dijalankan mengikut Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
(PERSILAT) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
1.2 Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi penafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini (1.1.2020) akan
dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada
PERATURAN AM SIRKIT REMAJA JOHOR 2020.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh
JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT
REMAJA JOHOR 2020.
1.3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor 2018 adalah muktamad.
2.0 TARIKH PERTANDINGAN
Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur
4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan bagi Kejuaraan ini adalah melalui Majlis Sukan Daerah
disetiap Daerah dalam Negeri Johor .
4.2 Semua Pesaka Daerah d bawah gabungan Pesaka Negeri Johor
diwajibkan untuk menyertai pertandingan ini.