Page 1 - Syarat Pertandingan Pencak Silat Sirkit Remaja Johor 2020
P. 1

SIRKIT REMAJA JOHOR 2020

                                      PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT
                                                    (PUTERA & PUTERI)





               1.0     PERATURAN AM

                       1.1    Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan
                              ini akan dijalankan mengikut Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
                              (PERSILAT) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

                       1.2    Sekiranya  berlaku  sebarang  perselisihan  dari  segi  penafsirannya,  maka
                              undang-undang  dalam  Bahasa  Inggeris  yang  terkini  (1.1.2020)  akan
                              dipatuhi.

                       1.3    Kejadian  di  luar  dugaan  dan  tidak  dinyatakan  dalam  peraturan
                              berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

                              1.3.1  Semua  kejadian  am  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                     PERATURAN AM SIRKIT REMAJA JOHOR 2020.

                              1.3.2  Sebarang      perselisihan    teknikal    akan      diputuskan     oleh
                                     JAWATANKUASA  TEKNIKAL  DAN  PERTANDINGAN  PENCAK  SILAT
                                     REMAJA JOHOR 2020.

                              1.3.3  Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
                                     Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor 2018 adalah muktamad.


               2.0     TARIKH PERTANDINGAN

                       Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur


               3.0     TEMPAT PERTANDINGAN

                       Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur

               4.      PENYERTAAN

                       4.1    Penyertaan  bagi  Kejuaraan  ini  adalah  melalui  Majlis  Sukan  Daerah
                              disetiap Daerah dalam Negeri Johor .
                       4.2    Semua  Pesaka  Daerah  d  bawah  gabungan  Pesaka  Negeri  Johor
                              diwajibkan untuk menyertai pertandingan ini.
   1   2   3   4   5   6