Page 4 - Syarat Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor 2020
P. 4

12.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL

                     12.1   Majlis Sukan Negeri  Johor  akan  melantik  pegawai-pegawai  teknikal  setelah
                            berbincang dengan Persatuan Kanu Negeri Johor.


             13.0 BANTAHAN/ TATATERTIB

                     13.1  Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan.  Bantahan
                            hendaklah  dibuat  secara  bertulis  dan  disertakan  dengan  wang  pertaruhan
                            sebanyak RM500.00 tunai.

                     13.2  Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukan didapati tidak
                            wajar.

                     13.3  Sekiranya bantahan diterima dan wajar hanya 50% sahaja wang bantahan
                            akan dipulangkan.

                     13.4  Setiap  bantahan  hendaklah  dihantar  kepada  Pengarah/  Pegawai
                            Pertandingan  dalam  masa  tiga  puluh  (30)  minit  selepas  pertandingan  itu
                            tamat.

                     13.5  Semua bantahan akan diselesaikan dengan berpandukan kepada undang-
                            undang  Persekutuan  Canoe  Antarabangsa  (ICF)  mengikut  mana  yang
                            sesuai.


               14.0  JAWATANKUASA RAYUAN

                     14.1  Perlantikan Jawatankuasa Rayuan dan Prosedur Aturcara Mesyuarat adalah
                            terdiri dari Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor
                            2020 seperti berikut :

                            14.1.1   Pengarah Pertandingan

                            14.1.2   Ketua Teknikal

                            14.1.3   Tiga  (3)  orang  Pengurus  Pasukan  yang  tidak  terlibat  dalam  kes
                                   rayuan/ bantahan itu.

                     14.2    Jawatankuasa  Bantahan  akan  bermesyuarat  dalam  masa  2  jam  setelah
                            menerima  bantahan  rasmi  daripada  Pengarah  Pertandingan  dan  akan
                            membuat keputusan.

                     14.3    Pengarah Pertandingan adalah Pengerusi Juri Rayuan.











                                                             4/5
   1   2   3   4   5