Page 2 - Syarat Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor 2020
P. 2

PERANAN                   LELAKI                  WANITA
                             Pengurus Pasukan                1 orang                      -
                             Jurulatih                       1 orang                  1 orang

                             Pendayung                       6 orang                  6 orang

                                     JUMLAH                  8 orang                  7 orang


             5.0     PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

                     5.1    Hanya pendayung yang berumur 16 tahun dan ke bawah sahaja (lahir pada
                            tahun 2004 dan selepasnya) sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

                     5.2    Hanya  pendayung  yang  lahir  di  daerah  tersebut  sahaja  boleh  mewakili
                            daerah yang berkenaan. (berdasarkan alamat di mykad)

                     5.3    Pendayung  yang  pernah  menyertai  kejohanan  di  peringkat  kebangsaan
                            adalah tidak layak untuk menyertai sirkit ini.


             6.0     MESYUARAT/ TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                     6.1    Mesyuarat  Pengurus  Pasukan  akan  diadakan  sehari  sebelum  pertandingan
                            tersebut berlangsung.

                     6.2    Pengurus-pengurus  Pasukan  dikehendaki  mengemukakan  senarai  nama
                            pendayung mereka bersama-sama dengan mykad.

                     6.3    Selepas  Mesyuarat/  Taklimat  Pengurus  Pasukan,  sebarang  permohonan
                            pertukaran gantian pendayung tidak dibenarkan.


             7.0     PERALATAN KANU

                     7.1    Semua  peralatan  yang  digunakan  akan  mengikut  spesifikasi  Persekutuan
                            Kanu Antarabangsa (I.C.F.) dan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal
                            dan Pertandingan Kanu Sirkit Remaja Johor 2020.

                     7.2    Semua  pasukan  dibenarkan  menggunakan  peralatan  sendiri  seperti  Kayak,
                            Paddle,  dan  Spray  Cover,  tetapi  mereka  hendaklah  mengikuti  spesifikasi
                            seperti yang dinyatakan di perkara 7.1 di atas.

                            7.2.1  Peralatan  yang  dibawa  sendiri,  mesti  diperiksa  dan  disahkan  oleh
                                   Jawatankuasa  Teknikal  dan  Pertandingan  Kanu  Sirkit  Remaja  Johor
                                   2020.









                                                             2/5
   1   2   3   4   5