Page 2 - Syarat Pertandingan Petanque Sirkit Remaja Johor 2020
P. 2

4.2    Setiap  kontinjen  boleh  mendaftarkan  pasukan  sekurang-kurangnya  yang
                            terdiri daripada :


                                    PERANAN                   LELAKI                  WANITA

                             Pengurus Pasukan                             1 orang
                             Jurulatih                                    1 orang
                             Atlet                           6 orang                  6 orang

                                     JUMLAH                              14 orang


             5.0     PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

                     5.1    Hanya atlet yang berumur 16 tahun dan ke bawah sahaja (lahir pada tahun
                            2004 dan selepasnya) sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

                     5.2    Hanya atlet yang bersekolah atau yang lahir di daerah tersebut sahaja boleh
                            mewakili daerah yang berkenaan berdasarkan :

                            5.2.1  Surat Pengesahan Sekolah
                            5.2.2  Alamat di MyKad

                     5.3    Atlet  yang  pernah  menyertai  kejohanan  di  peringkat  kebangsaan
                            (Kejohanan  yang  dianjurkan  Persatuan  Sukan  Kebangsaan)  adalah  tidak
                            layak untuk menyertai sirkit ini.


             6.0     MESYUARAT/ TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                     6.1    Mesyuarat  Pengurus  Pasukan  akan  diadakan  sehari  sebelum  pertandingan
                            tersebut berlangsung.

                     6.2    Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama atlet
                            mereka bersama-sama dengan mykad.

                     6.3    Selepas  Mesyuarat/  Taklimat  Pengurus  Pasukan,  sebarang  permohonan
                            pertukaran gantian atlet tidak dibenarkan.


             7.0     PERALATAN PETANQUE

                     7.1    Semua  peralatan  yang  digunakan  akan  mengikut  spesifikasi  Persekutuan
                            Petanque Antarabangsa (F.I.P.J.P) dan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
                            Teknikal dan Pertandingan Petanque Sirkit Remaja Johor 2020.

                     7.2    Semua pasukan dibenarkan menggunakan peralatan sendiri tetapi mereka
                            hendaklah  mengikuti  spesifikasi  seperti  yang  dinyatakan  di  perkara  7.1  di
                            atas.






                                                             2/7
   1   2   3   4   5   6   7