Page 1 - Syarat Pertandingan Petanque Sirkit Remaja Johor 2020
P. 1

SIRKIT REMAJA JOHOR 2020

                                        PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE
                                                    (LELAKI & WANITA)


             1.0     PERATURAN AM

                     1.1    Selain  daripada  peraturan-peraturan  yang  terkandung,  pertandingan  ini
                            akan  dijalankan  mengikut  “INTERNATIONAL  FEDERATION  OF  PETANQUE
                            PROVENCAL GAME” (FIPJP).

                     1.2    Sekiranya  berlaku  sebarang  perselisihan  dari  segi  penafsirannya,  maka
                            undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                     1.3    Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan
                            akan diputuskan seperti berikut :-

                            1.3.1  Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN
                                   AM SIRKIT REMAJA JOHOR 2020

                            1.3.2  Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh  JAWATANKUASA
                                   TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN PETANQUE SIRKIT REMAJA JOHOR 2020

                            1.3.3  Sebarang  keputusan  yang  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Teknikal  dan
                                   Pertandingan Petanque Sirkit Remaja Johor 2019 adalah muktamad.


             2.0     TARIKH PERTANDINGAN

                     Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur


             3.0     TEMPAT PERTANDINGAN

                     Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur


             4.0     PENYERTAAN

                     4.1    Penyertaan adalah terbuka kepada semua daerah di dalam Negeri Johor.






                                                             1/7
   1   2   3   4   5   6