Page 4 - Syarat Pertandingan Memanah Sirkit Remaja Johor 2020
P. 4

9.      PERALATAN PERTANDINGAN

                       9.1.   Peralatan  yang  dibenarkan  (recurve  dan  compound)  adalah  seperti
                              termaktub dalam Undang-undang WA Book 3, chapter 11.1.

               10.     MASA MELAPORKAN DIRI

                       10.1.  Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief
                              Judge)  kejohanan  untuk  pemeriksaan  peralatan  pertandingan  (Tackle
                              Inspection)  pada  hari  latihan  rasmi  kejohanan  atau  sebelum  mesyuarat
                              pengurus pasukan.

               11.     LATIHAN RASMI DAN PEMERIKSAAN ALATAN

                       11.1.  Pemeriksaan peralatan akan dijalankan semasa sesi latihan rasmi.

                       11.2.  Setiap   atlet   mesti    memakai      nombor     memanah       semasa     hari
                              pertandingan.

               12.     PEGAWAI TEKNIKAL

                       12.1.  Pihak  Jawatankuasa  Pengelola  Pertandingan  akan  melantik  Ketua
                              Delegat  Teknikal,  Pegawai-pegawai  Teknikal,  Hakim  terdiri  daripada
                              Hakim peringkat Negeri.

                       12.2.  Hakim-hakim  hendaklah  menghadiri  taklimat  sebelum  pertandingan
                              bermula.

               13.     BANTAHAN/TATATERTIB

                       13.1.  Hanya  Pengurus  Pasukan  sahaja  dibenarkan  membuat  bantahan.
                              Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang
                              pertaruhan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus sahaja)

                       13.2   Sekiranya  bantahan  diterima  dan  wajar  hanya  50%  sahaja  wang
                              bantahan akan dipulangkan.

                       13.3.  Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukan itu didapati
                              tidak wajar.

                       13.4.  Setiap  bantahan  hendaklah  dihantar  kepada  Ketua  Delegat  Teknikal
                              dalam masa lima belas (15) minit selepas keputusan dipamirkan.
   1   2   3   4   5   6