Page 1 - Syarat Pertandingan Memanah Sirkit Remaja Johor 2020
P. 1

SIRKIT REMAJA JOHOR 2020
                                         PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH


                                                     (LELAKI & WANITA)


               1.      PERATURAN AM

                       1.1.   Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
                              akan  mengikut  Undang-undang  World  Archery  (WA)  dan  Persatuan
                              Memanah Kebangsaan Malaysia.

                       1.2.   Sekiranya  timbul  sebarang  perselisihan  dari  segi  pentafsirannya,  maka
                              Undang-undang World Archery (WA) yang terkini akan dipatuhi.

                       1.3.   Kejadian  di  luar  dugaan  dan  tidak  dinyatakan  dalam  peraturan
                              berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

                              1.3.1.  Sebarang    kejadian     akan    diputuskan    berasaskan     kepada
                                     PERATURAN AM SIRKIT REMAJA JOHOR 2020.

                              1.3.2.  Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasakan kepada
                                     Undang-undang  World  Archery  (WA)  atau  Persatuan  Memanah
                                     Kebangsaan Malaysia.

                       1.4.   Sebarang     keputusan     dibuat    oleh    Jawatankuasa      Teknikal    dan
                              Pertandingan kejohanan, keputusan adalah muktamad.

               2.      TARIKH / TEMPAT PERTANDINGAN

                       Akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur.

               3.      PENYERTAAN

                       3.1    Hanya  Warganegara  Malaysia,  pelajar-pelajar  dan  atlet-atlet  yang
                              berasal  dari  Negeri  Johor  sahaja  yang  layak  bertandingan  dalam
                              Kejohanan.    Jika  terdapat  pelajar-pelajar  dan  atlet-atlet  yang  bukan
                              berasal  dari  Negeri  Johor  yang  ingin  bertanding  dalam  kejohanan  ,
                              perlulah menetap dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya
                              2  tahun.  Penyertaan  hendaklah  dibuat  melalui  Majlis  Sukan  Daerah
                              masing-masing.
   1   2   3   4   5   6