Page 5 - Peraturan Am Sirkit Remaja Johor 2020
P. 5

9.4    Sijil akan dicetak mengikut tarikh, tempat dan acara sukan yang disertai
                                 oleh atlet.

                          9.5    JUARA DAERAH BAGI SETIAP JENIS SUKAN DAN JUARA KESELURUHAN akan
                                 ditentukan melalui pungutan medal.

                          9.6    Rekod  setiap  pemain  akan  diambilkira  bagi  pemilihan  atlet  ke
                                 penganjuran Sukan Johor atau SUKMA akan datang.



                   10.    MENARIK DIRI

                          10.1   Pasukan  atau  pemain  yang  terlewat  15  minit  dari  masa  yang  telah
                                 dijadualkan  bermain  akan  dianggap  sebagai  menarik  diri  serta
                                 kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.

                          10.2   Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya
                                 berlaku  maka  pasukan  atau  pemain  akan  dianggap  menarik  diri  dari
                                 keseluruhan pertandingan.

                          10.3   Keputusan-keputusan  pertandingan  yang  terdahulunya  bagi  pasukan
                                 atau peserta yang berkenaan tidak akan diambilikira.


                   11.   HADIAH-HADIAH

                          11.1   Hadiah-hadiah  untuk  Kejohanan  Sirkit  Remaja  Johor  akan  disediakan
                                 oleh Jawatankuasa Pengelola.

                          11.2   Bagi sirkit yang pertama, kedua dan ketiga hadiah berbentuk medal dan
                                 sijil  akan  diberikan  kepada  pemenang  tempat  pertama,  kedua  dan
                                 ketiga.  Manakala  untuk  penganjuran  sirkit  ketiga  hadiah  berbentuk
                                 Wang Tunai serta sijil akan diberikan kepada Daerah yang mengumpul
                                 Pungutan Pingat tertinggi di ketiga-tiga sirkit di tempat pertama sehingga
                                 ketiga.

                          11.3   Sijil  penyertaan  akan  diberikan  kepada  semua  atlet  yang  bertanding
                                 mengikut penyertaan sirkit yang disertai.


                   12.    BANTAHAN/ TATATERTIB

                          12.1  Hanya  Pengurus  Pasukan  sahaja  dibenarkan  membuat  bantahan.
                                 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang
                                 pertaruhan sebanyak RM500.00 tunai.

                          12.2  Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukan didapati tidak
                                 wajar.

                          12.3  Sekiranya bantahan diterima dan wajar hanya 50% sahaja wang bantahan
                                 akan dipulangkan.
   1   2   3   4   5   6