LATAR BELAKANG

Sukan SUK Se Malaysia adalah merupakan satu program dwi tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan hubungan antara kakitangan dibawah perkhidmatan pejabat-pejabat SUK seluruh Negara. Mula di perkenalkan pada tahun 2004 dengan Melaka telah menjadi tuan rumah yang pertama, diikuti oleh Negeri Sabah pada tahun 2006, Pahang pada tahun 2010, Sarawak pada tahun 2012 dan yang terakhir pada tahun 2014 di Pulau Pinang. Bagi tahun 2016 ini pula Negeri Johor telah diberikan penghormatan dan tanggungjawab untuk mengelolakan program dwitahunan ini.


LOGO

Harimau di jadikan latar logo Sukan SUK SeMalaysia berdasarkan kepada karektor haiwan ini yang begitu sinonim dengan Negeri Johor Darul Ta’zim.Ia mencerminkan semangat juang yang tinggi tidak mengaku kalah serta sentiasa berkeyakinan untuk berjaya.

Gegelung olimpik melambangkan keharmonian dan pesefahaman yang akan dapat dijalinkan oleh setiap anggota pejabat setiausaha kerajaan di negara ini memacu kepada pembangunan negara.

Warna Merah dan biru pula digunakan mengambil pelambangan warna bendera Negeri Johor dengan penekanan warna merah ini melakarkan sifat berani serta warna biru di lambangkan sebagai lambang perpaduan dalam muafakat Johor sebagai teras pembangunan tamandun bangsa.


IKRAR

Kami berikrar
Bahawa kami
Akan mengambil bahagian
Dalam kejohanan sukan antara kakitangan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Se-Malaysia
Dengan tulus ikhlas
Patuh kepada segala undang-undang
Dan akan bertanding dengan
Penuh semangat kesukanan
Bagi meningkatkan
Imej sukan
Kakitangan perkhidmatan awam

LAGU RASMI

Bersama-sama kita jayakan
Sukan SUK SeMalaysia
Bersaing di gelanggang
Mempamer kehebatan
Uji keupayaan
Siapakah jadi juara

Sukan SUK SeMalaysia
Arena pertemuan
Kalah menang bukan ukuran
Jalin persahabatan
Membina kesatuan
Antara warga perkasa

Jayakan bersama
Sukan SUK SeMalaysia
Membina warga berjaya
Demi negara tercinta



BENDERA KEJOHANAN

TIGA BELAS (13) JALUR BERWARNA BIRU
Membawa pengertian terhadapnya hubungan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri dengan Kerajaan Malaysia. Juga hubungan yang erat setiap pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam setiap urusan harian.

CANTUMAN LIMA (5) BUAH GELUNG BERWARNA
Merupakan lambang kejohanan yang membawa erti penyatuan, keharmonian dan kesejahteraan dalam satu tujuan:

OBOR
Membakar semangat waja diri / juang yang tulen para atlet dan pegawai yang mengambil bahagian dalam sukan serta sentiasa bersemangat di setiap aktiviti/tugas yang diamanahkan dalam satu tujuan untuk mencapai kejayaan yang diilhamkan.

PENGERTIAN SETIAP WARNA


KEJOHANAN LEPAS

Tuan RumahEdisi/TahunJuara Keseluruhan
 Melaka1/2004  Sabah
 Sabah2/2006  Sabah
 Pahang3/2010  Sabah
 Sarawak4/2012  Sarawak
 Pulau Pinang5/2014  Terengganu

Gambar logo-logo kejohanan lepas

Sukan SUK SeMalaysia © 2016