Page 1 - Syarat Pertandingan Berbasikal Sirkit Remaja Johor 2020
P. 1

SIRKIT REMAJA JOHOR 2020
                                    PERATURAN PERTANDINGAN LUMBA BASIKAL
                                                     (LELAKI & WANITA)


                   1.0    PERATURAN AM
                          1.1    Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan
                                 Pertandingan  ini,  pertandingan  ini  akan  dijalankan  mengikut  peraturan-
                                 peraturan UCI (Union Cycling Internationale).

                          1.2    Sekiranya  timbul  sebarang  perselisihan  dari  segi  pentafsirannya,  maka
                                 Peraturan UCI dalam Bahasa lnggeris yang terkini akan dipatuhi.

                          1.3    Semua  keputusan  yang  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Teknikal  dan
                                 Pertandingan  Kejohanan  Lumba  Basikal  Sirkit  Remaja  Johor  2020
                                 adalah muktamad.

                   2.0    TARIKH PERTANDINGAN


                          Akan diputuksan oleh Jawatankuasa Penganjur

                   3.0    TEMPAT PERTANDINGAN

                          3.1    Ujian Masa Perseorangan L / W (12.4KM) : Akan dimaklumkan


                          3.2    Ujian Masa (1KM L & 500Meter W) : Akan dimaklumkan

                          3.3    Kriterium : Akan dimaklumkan

                   4.0    PENYERTAAN


                          4.1    Penyertaan  adalah  terbuka  kepada  semua  pasukan  Daerah  dan  terdiri
                                 dari Lelaki dan Wanita

                          4.2    Kategori pelumba:-
                                 a)      Lelaki 15 Tahun dan ke bawah

                                 b)      Wanita 15 Tahun dan ke bawah


                         Jenis Sukan                 Pegawai                             Atlet                      Jumlah
                   Bil
                                                 Pengurus   Jurulatih    Lelaki       Wanita

                    1      Basikal           1             1                8             6            16
   1   2   3   4   5   6